Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Polis Tahan Dua Warga Nepal, Rampas Barang Curi Bernilai RM145,000

By 1 Disember 2020Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 1 Dis (Malaysiaaktif) – Polis menahan dua lelaki warga Nepal yang merampas pelbagai peralatan yang disyaki barang curi bernilai sekitar RM145,00, di sebuah restoran di Puchong dekat sini Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Nurulhuda Mohd Salleh berkata susulan penahanan kedua-dua suspek yang berumur 32 dan 23 tahun pada kira-kira pukul 4.00 petang, polis menemui pelbagai peralatan disyaki barang curi.

Beliau berlata antara yang ditemui termasuk 99 kotak plastik berwarna putih dengan setiap kotak berisi 10 unit alat pemotong aluminium, yang disyaki dilarikan dari sebuah kilang di Meru, Klang, pada bulan Mac lepas.

“Ketika tangkapan, separuh barang curi (dari kilang) ditemui ada pada mereka, dan separuh lagi disimpan di sebuah rumah sewa di Bukit Bintang, Kuala Lumpur,” katanya dan menambah, salah seorang suspek pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan di kilang berkenaan kira-kira dua tahun lepas.

“Kedua-dua suspek ditahan reman selama 14 hari di bawah Akta Imigresen 1959 dan kes juga disiasat bawah Seksyen 381 Kanun Keseksaan,” katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda