Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Prof Diraja Ungku Aziz Meninggal Dunia

By 15 Disember 2020Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Bernama

PUTRAJAYA, 15 Dis (Malaysiaaktif) – Tokoh akademik Prof Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid, 98, meninggal dunia kira-kira 4 petang tadi.

Jurucakap Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), berkata perkara itu disahkan isterinya yang juga bekas Naib Yang Dipertua Angkasa Rahaiah Baheran.

“Dukacita dimaklumkan, saya telah mendapat maklumat daripada isterinya iaitu bekas Naib Yang Dipertua Angkasa Rahaiah Baheran bahawa Prof Diraja Ungku Abdul Aziz telah menghembuskan nafas terakhir kira-kira 4 petang tadi.

“Marilah kita bersama-sama membacakan surah al-Fatihah agar rohnya dicucuri rahmat,” kata jurucakap itu ketika dihubungi.

Allahyarham Ungku Abdul Aziz yang dilahirkan di London, United Kingdom pada 28 Jan 1922 adalah bapa kepada bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar yang kini merupakan Pengerusi Permodalan Nasional Berhad.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda