Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Konvoi ‘Youth Take Over X Dekad Ini Dekad Anda’ Meriahkan Hari Belia

By 15 Disember 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nur Farhana Azman (Melaka Tengah)

MELAKA, 15 Dis (Malaysiaaktif) – Hari Belia Negeri Melaka 2020 telah disambut bertepatan dengan konsep pelaksanaan sambutan hari belia negara peringkat negeri bertemakan ‘Youth Take Over Melaka; Dekad Ini Dekad Anda’ yang turut melibatkan peserta konvoi dari TTS Melaka Group untuk aturcara pelepasan konvoi pada kemuncak program.

Flag-Off Konvoi Youth Take Over Dekad Ini Dekad Anda oleh Ketua Menteri Melaka.

Pelepasan Konvoi “Youth Take Over Dekad Ini Dekad Anda” oleh Ketua Menteri Melaka.

Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali, merasmikan majlis berkenaan dengan melepaskan peserta konvoi di perkarangan Perhentian Rehat dan Rawat Kompleks Terminal Kenderaan Berat di Ayer Keroh.

“Saya doakan agar setiap urusan perjalanan konvoi ini selamat sampai ke lokasi dan terus dapat menyerahkan sumbangan kepada para penerima yang disasarkan,” ujar beliau.

Konvoi terdiri daripada 21 orang peserta, termasuk dua orang wanita yang menunggang motosikal berkuasa tinggi akan menjelajah keseluruh enam kawasan parlimen dalam negeri Melaka dengan menyampaikan sumbangan kit makanan dan beras kepada seramai 180 orang penerima.

Turut hadir Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Shadan Othman, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka (JBS) Muhammad Abdul Hafiz Mohd Amin dan Penyelaras Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Melaka Muzafar Abdul Rahim.

-KN

Tinggalkan komen anda