Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Rizab Antarabangsa BNM Berjumlah RM436.5 Bilion Setakat Akhir Sept 2020: Kementerian Kewangan

By 1 Disember 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

PUTRAJAYA, 1 Dis (Malaysiaaktif) – Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah RM436.5 bilion atau US$105 bilion setakat 30 Sept, 2020  mencukupi untuk membiayai 8.4 bulan import tertangguh dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Menurut Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Abd Rahim Bakri, rizab negara telah menunjukkan peningkatan sebanyak US$1.4 bilion berbanding US$103.6 bilion pada akhir 2019.

“Rizab antarabangsa digunakan bagi maksud tertentu dan bukan untuk membiayai belanjawan atau membiayai pakej rangsangan ekonomi susulan pandemik COVID-19.

“Pakej rangsangan ekonomi telah dibiayai terutamanya melalui pinjaman domestik daripada pasaran kewangan tempatan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Pang Hok Liong (PH-Labis) berhubung jumlah rizab negara dan rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) setakat bulan September 2020.

Rizab negara yang juga merujuk kepada rizab antarabangsa BNM, terdiri daripada rizab mata wang asing, kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Hak-hak Pengeluaran Khas (SDR), emas dan lain-lain aset rizab.

–BERNAMA

Tinggalkan komen anda