
Foto: RTM
PUTRAJAYA, 1 Dis (Malaysiaaktif) –Ā Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) membangunkanĀ 61 menara komunikasi yang memberikan liputan di kawasan perkampungan Orang Asli, setakat OktoberĀ tahun ini.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin AbdullahĀ berkataĀ pada masa sama, terdapat lapan menara masih dalam peringkat pelaksanaan dan dijangka siap secara berperingkat bermula suku pertama tahun 2021.
āDaripada lapan ini, termasuk dua di Cameron Highlands iaitu di Pos Lemoi dan Pos KgĀ Telimau. Melalui Pelan Jalinan Digital NegaraĀ (Jendela) (fasa 1), sebanyak 85 menara baharu dengan perkhidmatan 4G akan dibina di 136 kampungĀ Orang Asli di seluruh negara dan dijangka mula pelaksanaannya pada suku kedua tahun 2021.
āAntara 85 menara itu, 11 berada di Cameron Highlands, 38 di negeri Pahang,Ā 19 di Perak. KamiĀ akan terus bekerjasama dengan pihak industri, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk merancakkan lagi soal penyediaan ini,ā katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Dr Lee Boon Chye (PH-Gopeng) yang bertanya mengenai tahap liputanĀ internet dalam kalangan komuniti Orang Asli dan rancangan untuk menambah baik perkhidmatan itu.
Selain itu, Saifuddin turut memaklumkan kementerian sedang menilai sejauh mana penggunaan dan keberkesanan pusatĀ internet yang terdapat di kawasan Orang Asli.
— BERNAMA