Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Bilik Gerakan PKRC Penghubung Komunikasi Sahih dan Tepat

By 15 Februari 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Nasharuddin Mohd Shah/Mohd Najib Mohani (Johor)

PASIR GUDANG, 15 Feb (Malaysiaaktif) – Kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri telah membuka Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang mulai 10 Februari lalu.

Menurut petugas PKRC Khairul Annuar Umar Osman, bilik gerakan ini diwujudkan bagi menyalurkan maklumat kepada orang ramai mengenai pengoperasian PKRC dan yang berkaitan dengan COVID-19 bagi mengelakkan penyampaian maklumat palsu dan tidak tepat.

“Bilk gerakan ini menempatkan pelbagai agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Penerangan, Jabatan Kesihatan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), serta Pejabat Daerah Johor Bahru yang beroperasi 24 jam sehari.

“Pengoperasian bilik gerakan ini diketuai oleh Angkatan Pertahanam Awam Malaysia Negeri Johor,” katanya lagi ketika ditemui di PKRC Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang, di sini semalam.

Tambah beliau, bilik gerakan ini mempunyai keselesaan, kemudahan talian dan internet yang mencukupi serta tempat rujukan untuk para pesakit bagi mendapatkan kemudahan yang diperlukan dan membuat aduan seperti kerosakan tandas dan kemudahan solat.

“Di sini juga turut mempunyai pecahan maklumat berkaitan statistik para petugas dan pesakit yang dikuarantin,” ujarnya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi Bilik Gerakan PKRC di talian 07-2553201 atau 07-2523696 untuk keterangan lanjut.

-NI

Tinggalkan komen anda