Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Keperluan Anggota SJR Sentiasa Diutamakan Kerajaan

By 15 Februari 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Saberiya Patiroi/Ahmad Sarujin Seting (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 15 Feb (Malaysiaaktif) – Keperluan asas bagi anggota keselamatan yang bertugas dalam Sekatan Jalan Raya (SJR) sentiasa terjaga dan terpelihara.

Urusetia SJR OP COVID-19, Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu (IPD KK) Sarjan Tengku Fazlina Tengku Ibrahim, berkata kebajikan anggota sentiasa diambil berat dan diberi perhatian oleh kerajaan bagi mewujudkan keselesaan di tempat kerja.

Katanya, kemudahan khemah, bekalan air, dan elektrik menjadi keperluan asas untuk kegunaan harian anggota ketika bertugas.

“Kami sangat berterima kasih kepada agensi kerajaan negeri dan swasta yang sentiasa membantu terutama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan Sabah Electricity Sdn.Bhd. dalam menyediakan prasarana seperti khemah dan bekalan elektrik.

Tangki air dan tandas mudah alih turut disediakan.

Tangki air dan tandas mudah alih turut disediakan.

“Sementara itu, Jabatan Air juga turut konsisten menambah bekalan air pada tangki di setiap lokasi SJR,” katanya ketika ditemui pada tinjauan Jabatan Penerangan Bersama-sama Anggota Pasukan SJR IPD KK di Taman Putera Jaya, Telipok, sempena Sambutan Tahun Bahatu Cina, di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, Pegawai SJR 2 dan SJR 2 Alpha Taman Puterajaya Inspektor Mohd Safwan Suhaimi, berkata persekitaran kerja dan kelengkapan di dalam dan diluar khemah sangat diutamakan.

“Ruang rehat, ruang beribadah, dan tandas disediakan walaupun ruang yang ada sangat terhad, di khemah inilah anggota berteduh dalam cuaca panas, hujan dan embun ketika waktu rehat.

“Kemudahan ini yang disediakan pada SJR PKP pada kali ini adalah lebih baik berbanding SJR sebelum ini,” jelas beliau.

Inspektor Safwan ketika ditemui pemberita.

Inspektor Safwan ketika ditemui pemberita.

Safwan turut memaklumkan bahawa pada SJR kali ini PDRM memperolehi bantuan daripada Rakan Strategik iaitu Tentera Laut Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

“Bantuan sumber manusia daripada agensi terbabit adalah bagi melancarkan pelaksanaan SJR PKP pada kali ini,” katanya.

Pada masa sama, Safwan turut mengingatkan dan menasihati pengguna jalan raya di negeri ini untuk tidak keluar rumah tanpa urusan bagi sama-sama membendung penularan COVID-19.

-SH

Tinggalkan komen anda