Laporan/foto: Nurul Jannah Shamsol Anuar (Melaka)/Nur Fariza Farnoh
MELAKA, 23 Feb (Malaysiaaktif) – Hebahan Info on Wheels (IoW) oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Melaka yang dijalankan di sekitar kawasan Pusat Niaga Bukit Baru mengenai pematuhan Prosedur operasi standard (SOP) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Proklamasi Darurat telah mendapat sambutan baik daripada para peniaga di tempat ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah Negeri Datuk Rahmad Mariman, berkata pematuhan SOP yang ketat perlu dilakukan walaupun Melaka sudah berada bawah PKPB.
“Bagi mengekang penularan virus COVID-19, di samping merancakkan semula ekonomi serta pendapatan penduduk setempat, kita sebagai peniaga perlu tegas dan jangan leka terhadap pelanggan yang enggan mematuhi SOP contohnya memakai pelitup muka dan mengambil bacaan suhu badan,” katanya yang turut serta dalam hebahan IoW, di sini baru-baru ini.
Menerusi hebahan unit bergerak IoW, JaPen Melaka telah berjaya mengedarkan lebih 10,000 bahan penerbitan berkaitan virus COVID-19 sejak awal Januari lalu.
-RJ-