Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

KWSP Umum Dividen 5.2 Peratus, Agihan Keseluruhan RM47.64 Bilion

By 27 Februari 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

PUTRAJAYA, 27 Feb (Malaysiaaktif) – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan dividen sebanyak 5.20 peratus dan jumlah agihan RM42.88 bilion bagi Simpanan Konvensional serta 4.90 peratus untuk Simpanan Shariah dengan agihan berjumlah RM4.76 bilion.

Dalam kenyataan pada Sabtu, KWSP turut mengumumkan agihan dividen keseluruhan bagi 2020 adalah RM47.64 bilion.

“Dengan purata lima tahun dividen sebenar pada kadar 4.62 peratus untuk Simpanan Konvensional dan 4.32 peratus bagi Simpanan Shariah selepas diselaraskan untuk inflasi, KWSP telah mengatasi sasaran strategik dengan pengisytiharan purata dividen sebenar tidak kurang daripada 2.00 peratus dalam tempoh lima tahun berturut-turut,” menurutnya.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda