Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

3,251 Kes Sembuh Dilapor Ahad, Atasi Jumlah Kes Baharu

By 1 Mac 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 1 Mac (Malaysiaaktif) – Jumlah kes pulih COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas di negara ini terus mengatasi bilangan kes baharu harian dengan 3,251 kes sembuh dilaporkan, namun jumlah kes baharu bagi tempoh sama meningkat sedikit kepada 2,437 berbanding 2,364 kes Sabtu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia kini melepasi angka 300,000, iaitu 300,752 kes, manakala jumlah keseluruhan pesakit yang sembuh pula sebanyak 273,417 orang.

Dr Noor Hisham berkata jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula sebanyak 26,205 selain sembilan lagi kematian akibat pandemik itu dilaporkan sepanjang 24 jam lepas.

Dr Noor Hisham berkata Selangor kekal mencatat kes baharu tertinggi iaitu 914 kes, diikuti Johor (340), Kuala Lumpur (337), Perak (287) dan Sarawak (171).

Sabah merekodkan 134 kes diikuti Pulau Pinang (105), Negeri Sembilan (65), Kelantan (33), Kedah (13), Terengganu (12), Pahang (11), Melaka (10), Putrajaya (3) dan Labuan (2), manakala Perlis tiada kes baharu.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda