Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Rezeki Tunggul Kayu Terbiar

By 1 Mac 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Suhaidi Mat Jusoh (Tanah Merah)

TANAH MERAH, 1 Mac (Malaysiaaktif) – Tunggul kayu terbiar dan sisa buangan menjadi sumber rezeki bagi seorang anak peneroka felda di Felda Kemahang 2, di sini.

Azhar Abdul Aziz, 49, menghasilkan kerusi dan meja dari tunggul kayu sejak tahun 2013 sebagai punca utama pendapatannya.

“Pada mulanya kegiatan menghasilkan kerusi dan meja dari tunggul kayu yang terbiar hanya mengisi masa lapang tetapi kini menjadi sumber pendapatan tetap mencecah ribuan ringgit mengikut harga pasaran.

“Ada tunggul teras kayu yang diperolehi dari hutan berhampiran yang digali dari dalam tanah menggunakan jentolak bagi mendapatkan hasil rupa bentuk unik, asli serta cantik, manakala jika tunggul kayu terendam di dalam air dalam jangka masa lama lagi mahal nilainya disebabkan keunikan bentuk akar tersebut,” katanya ketika ditemui di bengkel kerja kayunya, baru-baru ini.

Azhar dengan hasil usaha pertukangan kayunya.

Azhar dengan hasil usaha pertukangan kayunya.

Azhar akan cuba menghasilkan reka bentuk mengikut cita rasa pelanggan yang menempahnya.

“Setelah dicat dan disyelek menggunakan pewarna, kerusi dan meja kayu dilihat seolah-oleh hidup dan bersinar memancar,” katanya.

Azhar memaklumkan bahawa dirinya tidak mendapat apa-apa latihan pertukangan secara formal daripada mana-mana pusat latihan, dan hanya berlandaskan bakat yang ada di samping melihat keunikan kraf tangan kayu di pameran kraf tangan yang diadakan.

“Pada mulanya saya hanya mewarisi kerja bertukang dan mengukir bahan buangan daripada bapa dan daripada situ timbul minat dan kesanggupan untuk kerja membuat kerusi dan meja kayu, lagipun tidak megeluarkan banyak modal, semata-mata berdasarkan bakat serta kebolehan.

Buaian kayu unik yang sudah ditempah pelanggannya.

Buaian kayu unik yang sudah ditempah pelanggannya.

“Saya menghasilkan kerusi dan meja dari tunggul kayu yang kukuh sahaja bagi memastikan ianya tahan lama dan memuaskan hati pelanggan dan kebiasaannya kerusi dan meja atau perabot kayu yang menarik, unik, nampak kukuh tahan lama menjadi pilihan pelanggan,” katanya.

Peminat barangan kayu, Mohd Rohimi Roslan, 32, mengakui bahawa kerja-kerja mengukir kerusi, meja atau barangan perabut lain berasaskan kayu memang rumit perlu dibuat berhati-hati supaya keunikannya menyerlah, menarik dan sedap mata memandang.

“Saya kadang-kadang membantu Azhar itupun setakat mengangkat dan membersihkan tempahan manakala reka bentuk dan jenis kayu beliau yang tentukan sendiri kerana apa yang penting pelanggan berpuas hati dan menempahnya lagi, kebanyakan pelanggan terpesona dengan air tangan Azhar,” katanya.

-SH

Tinggalkan komen anda