Laporan/foto: Manit See Nam (Daerah Timur Laut)
GEORGETOWN,1 Mac (Malaysiaaktif) – Jabatan Penerangan(JaPen) Pulau Pinang telah mempergiatkan hebahan untuk memberikan penerangan kebaikan suntikan vaksin COVID-19 di dalam kawasan Daerah Timur Laut (DTL) menerusi program Info on Wheel (IoW)
Pegawai Penerangan DTL Lim Miow Juang, berkata hebahan ini dilaksanakan untuk menyeru masyarakat mengenai kepentingan suntikan vaksin COVID-19 demi kebaikan kesihatan mereka.
“IoW telah menumpukan hebahannya di kawasan orang ramai seperti kawasan perumahan, pasar awam, kedai kopi, astaka, bank dan juga di pasar malam.
“Vaksin COVID-19 telah tiba di negeri Pulau Pinang dan para ahli masyarakat perlu dididik dan digalakkan mengenai manfaat mendapatkan suntikan tersebut,” kata beliau baru-baru ini.
Menurut Lim, hebahan ini mampu memberi penerangan dan kesedaran kepada orang ramai dalam membantu kerajaan untuk memastikan kejayaan imunisasi berkelompok dapat dibentuk di dalam komuniti dan seterusnya memutuskan rantaian COVID-19.
Seorang warga emas, Tan Eng Hua, 65, menyambut baik dengan hebahan IOW mengenai vaksin dalam bahasa Mandarin kerana kurang faham dalam bahasa Melayu dan Inggeris.
“Saya tidak gagal juga mematuhi dan memahami SOP sehingga hari ini sebab hebahan telah dibuat dalam bahasa Mandarin yang ramai bertutur di sini,” katanya lagi.
Bagi peniaga pasar pagi, Lim Teik Soon, 53, amat terkesan pandemik COVID-19 dan berharap vaksin COVID-19 dapat menurunkan kes jangkitan yang kini masih mencecah empat angka.
“Saya ingin memuji hebahan daripada Jabatan Penerangan yang menyalurkan info berkaitan vaksin dan berharap ia terus dipergiatkan di seluruh kawasan di DTL,” katanya.
Selain bahasa Mandarin, hebahan dibuat JaPen Pulau Pinang menerusi hebahan umum itu turut menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
-ii-