Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Daerah SPT Terima Bangunan Mahkamah Rendah Syariah Baharu

By 29 Mac 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nor Aziana Azreen Roslan / Zamrud Laili Mohd Mustap (Seberang Perai Tengah)

BUKIT MERTAJAM,  26 Mac (Malaysiaaktif) – Pembinaan Mahkamah Rendah Syariah yang bernilai hampir RM10 juta dan siap dibina pada Julai 2020 lalu menjadi detik bersejarah bagi penduduk Seberang Perai Tengah (SPT), di sini.

Ketua Hakim Syarie Negeri Pulau Pinang, Dato’ Muhamad Abdul Karim Wahab dalam ucapannya turut berharap dengan terbinanya bangunan Mahkamah Rendah Syariah Daerah SPT yang serba moden itu, ianya dapat dijadikan sebagai inspirasi kepada semua warga kerja untuk lebih bersemangat dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik, proaktif serta berintegriti kepada masyarakat.

“Sebelum terbinanya bangunan baharu ini, Mahkamah Rendah Syariah Daerah SPT mula beroperasi sebagai Mahkamah Kadi Bukit Mertajam pada 1960.

Suasana tetamu yang hadir pada majlis pelancaran tersebut.

Suasana tetamu yang hadir pada majlis pelancaran tersebut.

“Kini bangunan mahkamah tersebut tersergam indah di atas Lot 2198, Mukim 10, Jalan Betek, Bukit Mertajam dengan kos pembinaan dianggarkan hampir RM10 juta,” katanya ketika ditemui di Majlis Perasmian bangunan Mahkamah Rendah Syariah Daerah SPT yang disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato, Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Haji Abbas hari ini.

Bangunan Mahkamah Rendah Syariah Daerah Seberang Perai Tengah yang dianggarkan hampir RM10 Juta tersergam indah.

Bangunan Mahkamah Rendah Syariah Daerah Seberang Perai Tengah yang dianggarkan hampir RM10 Juta tersergam indah.

Penduduk, Azlan Zakaria, 34, melahirkan rasa gembira apabila dengan terbinanya bangunan yang baharu, cantik dan megah itu ianya dapat memberi perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat Islam di kawasan setempat.

“Saya berharap, pembinaan bangunan mahkamah baharu yang lebih selesa ini dapat memberi semangat kepada warga kerja Mahkamah Rendah Syariah SPT dalam melaksanakan tanggungjawab yang lebih efisyen kepada masyarakat setempat.

Penduduk, Azlan Zakaria, 34, melahirkan rasa gembira apabila dengan terbinanya bangunan yang baharu.

Penduduk, Azlan Zakaria, 34, melahirkan rasa gembira apabila dengan terbinanya bangunan yang baharu.

“ Pembinaan mahkamah baharu ini bukan sahaja menjadi impian kepada warga kerja malah kepada kami juga sebagai masyarakat setempat yang sentiasa menjadikan insitusi kehakiman ini sebagai tempat untuk mendapatkan keadilan dan pembelaan berkaitan dengan masalah kekeluargaan,” katanya ketika ditemui.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1, Dato’ Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr. Haji Wan Salim Wan Mohd Noor dan Ketua Hakim Syarie Negeri Pulau Pinang, Dato’ Muhamad Abdul Karim Wahab.

-ii-

Tinggalkan komen anda