Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Dasar Perhutanan Malaysia Satukan Semua Negeri Dalam Melestarikan Perhutanan

By 21 Mac 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: RTM

PUTRAJAYA, 21 Mac (Malaysiaaktif) – Dasar Perhutanan Malaysia satukan semua negeri dalam melestarikan perhutanan – Muhyiddin

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Dasar Perhutanan Malaysia yang dilancarkan hari ini menyaksikan penyatuan julung kali semua negeri di Malaysia dalam bidang perhutanan negara yang telah menjangkau usia 120 tahun.

Perdana Menteri berkata semua negeri bersetuju menerima dasar itu yang menggariskan hala tuju jelas sektor perhutanan dalam mendepani cabaran baharu di peringkat domestik dan antarabangsa pada mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) ke-78 yang diadakan 29 Januari lepas.

“Saya ingin tekankan bahawa Dasar Perhutanan Malaysia ini adalah dasar kita bersama. Kita semua harus bertindak dan memainkan peranan yang lebih aktif sebagai ejen konservasi dan penggerak pembangunan sosioekonomi negara.

“Saya berharap agar usaha bersama kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri dalam melaksanakan kelima-lima objektif Dasar Perhutanan Malaysia akan terus padu bagi mencapai sasaran yang dihasratkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya sebelum melancarkan Dasar Perhutanan Malaysia bersempena Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Kebangsaan di sini, hari ini.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda