Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

787 Penduduk Pedalaman Pitas Terima BPN 2.0 Secara Tunai

By 21 Mac 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Juslie Bacle/ Shahvian Mohd Razali (Kota Kinabalu)

PITAS, 21 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 787 penerima pedalaman Sabah di daerah Pitas menerima Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN2.0) secara tunai.

Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Harun Durabi, menjelaskan bantuan tersebut diberikan kepada penerima yang tidak memiliki akaun bank bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bengkoka dan Pitas.

“Penyerahan tunai itu bertujuan untuk memastikan semua bantuan kerajaan sampai ke tangan penerima.

“Sebanyak 18 daerah atau lokasi penyerahan bersepadu dilaksanakan bermula Februari sehingga 31 Mac 2021 melibatkan 22,671 penerima yang tidak mempunyai akaun bank,” jelasnya pada Majlis Penyerahan BPN 2.0 di Dewan Pejabat Daerah Pitas, di sini kelmarin.

Hadir sama pada majlis, Pegawai Daerah Pitas Bakri Nanun, Timbalan Pegawai Kewangan Persekutuan, Perbendaharaan Malaysia Sabah Siti Norhaini Osli dan Pengarah Bank Simpanan Nasional (BSN) Negeri Sabah Zamri Ngah.

Siti Norhaini (dua dari kiri) dan Harun (tengah) pada sesi penyerahan bantuan BPN2.0 kepada penerima kurang upaya dan warga emas di Mini Dewan Pejabat Daerah Pitas.

Siti Norhaini (dua dari kiri) dan Harun (tengah) pada sesi penyerahan bantuan BPN2.0 kepada penerima kurang upaya dan warga emas di Mini Dewan Pejabat Daerah Pitas.

-RI

Tinggalkan komen anda