
Foto: Gambar fail
PUTRAJAYA, 4 Mac (Malaysiaaktif) –Ā Individu yang āmemotong barisanāĀ untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata tindakan itu boleh diambil mengikut Seksyen 31 yang merupakan peruntukan baharu di bawah Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit) (Pindaan) 2021 yang akan berkuat kuasa 11Ā Mac ini.
“Seksyen 31Ā itu menjadi punca kuasa untuk mengenakan penalti di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988Ā (Akta 342) bagi mana-mana kesalahan yang tidak dinyatakan di dalamnya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), di sini semalam.
Dr Adham berkata buat masa ini, tiada laporan diterima oleh KKM berhubung isu potong barisan dalam penerimaan suntikan vaksin COVID-19.
āSetakat ini tiada laporan mengenai isu ini, ia hanya berita di media sosial sahaja,ā katanya.
Isnin lepas,Ā Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata kerajaan mewujudkan Garis Panduan Penetapan Senarai Barisan Petugas HadapanĀ bagi mengelakkanĀ isu āpotong barisanāĀ untuk program vaksinasi COVID-19.
Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata keputusan itu dibuat pada Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) dan dokumen garis panduan berkenaanĀ memperincikanĀ mengenai petugas barisan hadapan.
Katanya beliau danĀ Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba telah menandatangani dokumen garis panduan itu yang akan dimuat naik di laman sesawang https://www.vaksincovid.gov.my/, Kementerian Kesihatan sertaĀ Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bagi menjelaskanĀ takrifan barisan hadapan.
— BERNAMA