Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Kes Positif COVID-19 Menurun kepada 1,555 Kes

By 3 Mac 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 3 Mac (Malaysiaaktif) – Kes baharu positif COVID-19 di negara ini dalam tempoh 24 jam lepas menurun kepada 1,555 berbanding 1,828 kelmarin, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya perkembangan terbaharu itu menjadikan kes terkumpul positif COVID-19 di Malaysia berjumlah 304,135 dengan kes aktif sebanyak 24,563.

Beliau berkata daripada jumlah kes baharu berkenaan, tiga adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, manakala 1,552 kes melibatkan penularan dalam negara.

“Kes sembuh harian pula mencatat 2,528 kes, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang sembuh setakat ini sebanyak 278,431 kes,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan COVID-19 semalam.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata sebanyak 204 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 96 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi sebanyak 672 kes, diikuti Johor 163 kes dan Sarawak 159 kes, katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda