Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Warga Wilayah Diseru Ambil Suntikan Vaksin COVID-19

By 3 Mac 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Azuraini Abd Majid/Parameswary Lekshmnan (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Malaysiaaktif) – Penduduk Wilayah diseru untuk segera mendaftarkan diri sebagai penerima suntikan vaksin dalam usaha menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, berkata proses pendaftaran itu boleh dilakukan secara mudah menerusi platform aplikasi MySejahtera.

“Eloklah semua orang ada MySejahtera dan cepat membuat pendaftaran supaya dapat giliran untuk divaksin.

“Tidak perlu ada sebarang kebimbangan baik daripada hukum syarak, sudut kesihatan dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menerima suntikan vaksin COVID-19 di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur semalam.

Dalam pada itu, Annuar yang menerima dos pertama vaksin Pfizer BioNTech itu turut berkongsi pengalamannya sewaktu menerima suntikan.

“Proses suntikan berjalan dengan lancar dan baik.

“Saya tidak merasai apa-apa kesakitan dan telah diberi tempoh pemantauan selama 30 minit untuk melihat sekiranya ada reaksi atau kesan sampingan yang berlaku,” katanya.

Turut menerima suntikan, Pengarah Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Datuk Dr. Param Jeeth Singh.

-SH

Tinggalkan komen anda