Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Petugas Barisan Hadapan Hulu Terengganu Terima Suntikan Vaksin COVID-19

By 3 Mac 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Abidin A. Ghani (Hulu Terengganu)

HULU TERENGGANU, 3 Mac, (Malaysiaaktif) – Vaksin COVID-19 yang telah diterima Isnin lepas oleh Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu telah mula disuntik kepada petugas barisan hadapan melibatkan kakitangan klinik kesihatan serta Ahli Jawatan Kuasa Bencana Daerah Hulu Terengganu.

Menurut Pegawai Kesihatan Daerah Hulu Terengganu Doktor Hashim Abdullah, proses suntikan vaksin COVID-19  akan diteruskan sehingga mencapai jumlah yang dikehendaki bagi memutuskan rantaian COVID-19.

“Seramai 156 petugas barisan hadapan dijangka menerima suntikan vaksin COVID-19 yang telah bermula semalam di mana proses suntikan bermula seawal pukul 8.30 pagi melibatkan kakitangan Klinik Kesihatan Kuala Berang yang bertugas untuk memberi suntikan vaksin kepada agensi lain.

“Pihak Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu berharap agar semua penduduk di Hulu Terengganu memberi kerjasama mendaftarkan diri bagi menerima vaksin COVID-19 melalui aplikasi MYSejahtera untuk mencapai hasrat kerajaan memutuskan rantaian COVID-19,” katanya ketika ditemui di pejabat kesihatan tersebut, di sini baru-baru ini.

Pegawai Kesihatan Daerah Hulu Terengganu, Dr. Hashim Abdullah berharap agar penduduk di Hulu Terengganu memberikan kerjasama dengan mendaftar diri untuk menerima suntikan vaksin COVID-19.

Pegawai Kesihatan Daerah Hulu Terengganu, Dr. Hashim Abdullah berharap agar penduduk di Hulu Terengganu memberikan kerjasama dengan mendaftar diri untuk menerima suntikan vaksin COVID-19.

Penerima Vaksin COVID-19 fasa pertama di Hulu Terengganu, Pemandu di Klinik Kesihatan Kuala Berang, Mustafa Wahab, 57, amat bersyukur kerana nama beliau tersenarai dalam kumpulan pertama penerima vaksin COVID-19.

Mustafa Wahab, 57, Pemandu Klinik Kesihatan Kuala Berang telah terima suntikan vaksin COVID-19.

Mustafa Wahab, 57, Pemandu Klinik Kesihatan Kuala Berang telah terima suntikan vaksin COVID-19.

“Suntikan vaksin COVID-19 yang diterima hari ini, lebih menyakinkan saya untuk menjalankan tugas di barisan hadapan yang perlu membawa pesakit yang positif virus tersebut,” ujar beliau selepas menerima suntikan berkenaan.

-ii-

Tinggalkan komen anda