Foto: RTM
PUTRAJAYA, 29 Mac (Malaysiaaktif) –Kaedah atau pendekatan terbaik bagi menangani penularan jangkitan COVID-19 dalam kalangan komuniti adalah dengan memastikan komuniti itu sendiri meningkatkan usaha dalam memainkan peranan sebagai āfrontlinerā atau pejuang barisan hadapan.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskanĀ sehingga vaksin COVID-19 dapat mencapai sasaranĀ ditetapkan, negara masih mengharungi suatu tempoh yang sukar dalam memerangi wabak itu kerana bilangan kes masih tinggiĀ walaupun kes positif baharu kini semakin menurun.
Beliau berkataĀ usaha mengekang penularan wabak COVID-19 tidak akan dapat mencapai matlamatnya sekiranya tidak didukungĀ oleh setiap lapisan masyarakat.
“Justeru program Pemerkasaan Komuniti ini adalah senjata yang kita ada dalam usaha untuk bersama-sama membendung penularan virus COVID-19 ini.
“Usaha ini juga selaras dengan strategi dalam Dasar Perpaduan Negara untuk memperkasakan institusi keluarga dan komuniti yang telah saya lancarkan pada 15 Februari lalu,” katanya dalam ucapan sempena Program Pemerkasaan KomunitiĀ yang disiarkan secara langsung menerusiĀ TV1, RTMĀ hari ini.
–BERNAMA