Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Lelaki Ceroboh Rumah Bekas Teman Wanita Ditangkap

By 20 Mac 2021Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Tengku Syarinah Tengku Mustapa (Hulu Selangor)/IPD Hulu Selangor

HULU SELANGOR, 20 Mac (Malaysiaaktif) – Polis berjaya memberkas seorang lelaki yang disyaki menceroboh rumah bekas teman wanitanya serta mencuri dalam kejadian di Taman Rasa Utama, di sini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superitendan Arsad Kamaruddin, berkata tangkapan dibuat selepas pengadu memaklumkan bahawa rumahnya telah diceroboh masuk oleh bekas teman lelakinya.

“Bertindak atas maklumat, pihak polis berjaya menangkap suspek berusia 40 tahun bersama barangan yang disyaki dicuri.

“Polis turut merampas sebuah beg dan telefon bimbit yang semuanya bernilai RM500,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurutnya, suspek direman dua hari untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 448 (pencerobohan rumah) dan Seksyen 380 (curi dalam rumah kediaman).

“Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif Methamphetamin dan mempunyai lima rekod lampau melibatkan dadah.

“Kami memohon kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkaitan jenayah agar pihak polis dapat mengambil tindakan selanjutnya,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda