Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahMelaka

‘Melakan Visit Melaka’ Semarak Pelancongan Bumi Hang Tuah

By 15 Mac 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sharifah Ithnin (Melaka)/Tourism Melaka 

MELAKA, 15 Mac (Malaysiaaktif) – Bagi memperhebatkan lagi sektor pelancongan di negeri ini, Bahagian Promosi Pelancongan telah memperkenalkan 24 lokasi menarik sempena Kempen Promosi ‘Melakan Visit Melaka Packages 3.0’, Program Patuh dan Amal SOP COVID-19 di premis pelancongan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis, mewakili Ketua Menteri Melaka dalam kempen kali ini, kerajaan negeri telah mengenal pasti lima lokasi tumpuan orang ramai iaitu muzium di bawah seliaan Perbadanan Muzium Melaka (Perzim), Melaka River Cruise, Zoo Melaka, Pusat Boling Antarabangsa Melaka, Taman Mini Malaysia dan Mini Asean.

“Kempen ini dijangka akan mampu menarik 6.2 juta pelancong ke Melaka pada tahun ini.

Suasana ketika majlis pelancaran program tersebut baru-baru ini.

Suasana ketika majlis pelancaran program tersebut baru-baru ini.

“Kerajaan negeri juga telah merangka pelbagai inisiatif pelancongan termasuk memperkenalkan slogan baru iaitu ‘Is The Place To Be & Relax @ Melaka‘.

“Selain 24 lokasi pelancongan yang dinyatakan, terdapat penambahan enam lokasi lagi yang bakal menarik pelancong ke Melaka termasuk Firefly Digital Art Museum,” katanya ketika merasmikan program tersebut, di Alor Gajah baru-baru ini.

Dalam majlis sama turut diadakan Majlis Penyerahan Sijil Pematuhan Patuhi dan Amal SOP Covid-19 kepada pemain industri.

Turut hadir, Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Jabatan Ketua Menteri Melaka Saari Basiron.

-KN

 

Tinggalkan komen anda