Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Petugas Hadapan Bukan KKM Daerah Klang Terima Suntikan Vaksin

By 17 Mac 2021Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Badarudin Shuib (Klang)

KLANG, 17 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 96 petugas barisan hadapan bukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di daerah Klang telah menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 jenis Vaksin Comirnaty.

Menurut Pegawai Kesihatan Daerah Klang Dr Masitah Mohamed, suntikan fasa pertama bagi semua petugas barisan hadapan bukan KKM bermula pada hari ini (Rabu) dan akan berterusan secara berperingkat.

“Harapan kami agar semua petugas barisan hadapan yang telah tersenarai hadir bagi menerima suntikan dos fasa pertama ini dan memandangkan, satu botol kecil vaksin itu adalah untuk enam orang penerima, malah botol yang telah dibuka hendaklah digunakan sehingga habis,” katanya semasa ditemui di Pejabat Kesihatan Daerah Klang, di sini hari ini.

Frontliners yang telah membuat temujanji menunggu giliran.

Frontliners yang telah membuat temujanji menunggu giliran.

Antara jabatan dan agensi yang terlibat adalah Jabatan Imigeresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Turut menerima suntikan petugas dari lain-lain agensi yang berisiko dalam melaksanakan tugasan penguatkuasaan di sekitar daerah sini.

-NAZ

Tinggalkan komen anda