Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

PKK Laksana Pendaftaran dan PdP Pelajar Baharu Dalam Talian

By 5 Mac 2021Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Idris Sani Saberun (Kota Kinabalu)/PKK

KOTA KINABALU, 5 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 633 pelajar baharu Politeknik Kota Kinabalu (PKK) mendaftar secara dalam talian bagi sesi ambilan Disember 2020 melalui kemasukan Mac 2021.

Pengarahnya Ts. Zainab Othman, berkata selepas sesi pendaftaran yang tamat pada 1 Mac yang lalu para pelajar telah mengikuti Minggu Suai Kenal (MSK) norma baharu secara dalam talian yang diadakan selama empat hari bermula 2 hingga 5 Mac ini.

Program MSK ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan kepada para pelajar berkaitan suasana kampus serta pengenalan kepada organisasi Politeknik Kota Kinabalu.

Selepas MSK ini para pelajar baharu akan mengikuti proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara hibrid yang mana para pelajar akan memulakan sesi PdP secara dalam talian bermula minggu kedua bulan Mac hingga April dan akan kembali mendaftar di Kampus Politeknik Kota Kinabalu untuk sesi pembelajaran secara bersemuka pada Mei tahun ini

“Semenjak penularan pandemik COVID-19, pihak Politeknik Kota Kinabalu sentiasa menyokong usaha kerajaan dalam memutuskan rantaian jangkitan virus ini,

“Keputusan untuk mengadakan sesi pendaftaran, MSK dan PdP secara atas talian adalah untuk mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 dalam kalangan warga PPK,” jelasnya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Ts Zainab, dengan pembukaan semula pusat pengajian oleh kerajaan, pihak PPK turut menerima kembali 389 pelajar senior (fasa pertama) bagi mengikuti pengajian bermula dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti secara perperingkat dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

-SH

Tinggalkan komen anda