Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

PMR Sedia Perkhidmatan Pendaftaran Vaksinasi COVID-19

By 26 Mac 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norfatihah Abd Jamin/Muhamad Amirulfarhan Mohd Daud (Kinta)

IPOH, 26 Mac (Malaysiaaktif) – Pusat Maklumat Rakyat (PMR) menjadi antara medium utama penggerak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan menerusi pendekatan program Signature@PMR.

Pengarah Penerangan (JaPen) Negeri Perak Mohd Taip Ubah, berkata PMR menjadi salah satu medium informasi di peringkat lapangan untuk rakyat mendapatkan penjelasan berkaitan inisiatif yang diperkenalkan kerajaan seperti Proklamasi Darurat dan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Program berlangsung di UTC Perak.

Program berlangsung di UTC Perak.

“13 buah PMR di seluruh daerah dalam negeri Perak akan menyediakan bantuan dan panduan kepada masyarakat yang ingin mendaftarkan diri sebagai penerima vaksin,” katanya dalam satu sidang media sempena program tersebut di Pusat Transformasi Bandar (UTC), di sini hari ini.

Mohd Taip turut menyatakan bahawa program ini diteruskan bersama-sama dengan Program Info on Wheels (IoW) yang dijalankan serentak di seluruh negeri Perak khususnya di kawasan pedalaman seperti perkampungan Orang Asal bagi mencapai sasaran lebih 90 peratus pendaftar penerima vaksin COVID-19.

Edaran risalah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan kepada orang awam.

Edaran risalah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan kepada orang awam.

“Pendekatan ini merupakan salah satu usaha dan kempen JaPen bagi meningkatkan kesedaran rakyat terhadap kepentingan vaksinasi COVID-19,” tambahnya.

Hadir merasmikan program ialah Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin.

~RJ~

 

Tinggalkan komen anda