Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Tiga Kawasan Panas Dikenal Pasti

By 22 Mac 2021Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nur Farhana Azman (Melaka)

MELAKA, 22 Mac (Malaysiaaktif) – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Melaka menerima 104 aduan kes pembakaran terbuka sepanjang tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Negeri Melaka Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan, berkata sekiranya terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan pembakaran terbuka, mereka boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda maksimum RM500,000.

Abdul Ghafaar memaklumkan bahawa setakat ini pihaknya telah mengesan tiga lokasi panas yang mempunyai kebarangkalian untuk berlakunya pembakaran susulan cuaca panas dan kering yang melanda negeri ini berikutan kurangnya taburan hujan sejak Februari lalu.

“Kami dapati kawasan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Kuala Linggi dalam daerah Alor Gajah sudah menunjukkan 31 hari tanpa hujan, Estet Devon di daerah Jasin pula sebanyak 17 hari tanpa hujan dan di daerah Melaka Tengah iaitu di Stesen Meteorologi Melaka juga mencatatkan sebanyak 18 hari tanpa hujan.

“Rakyat diminta untuk patuh kepada saranan JAS bagi menjaga alam sekitar kita dengan memberi kerjasama dalam menyalurkan maklumat atau melaporkan kes pembakaran terbuka kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 atau JAS di talian bebas tol 1-800-88-2727,” ujarnya ketika hadir dalam sidang media bagi Pengaktifan Pelan Tindakan Pencegahan Pembakaran Terbuka Peringkat Negeri Melaka di Menara Persekutuan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini baru-baru ini.

-KN

Tinggalkan komen anda