Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

80 Individu Dianugerahkan Pingat Bakti Belia

By 22 Mac 2021Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Iswadi Abdul Hamid (Melaka)

MELAKA, 22 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 80 belia dianugerahkan Pingat Bakti Belia (P.B.B) sempena Majlis Penganugerahan Bintang dan Pingat Kebesaran Majlis Gabungan Belia Melaka Kali ke-41 oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam.

Pengerusi Belia 4B Kota Melaka Mohamad Arib Abu Kasim, 32, berkata anugerah ini sebagai tanda penghargaan atas keringat dan pengorbanan para belia dalam membantu membangunkan negeri Melaka dalam pelbagai aspek.

“Jika ingin melihat masa depan negara maka lihatlah orang muda pada hari ini, golongan belia harus lebih aktif dalam menyertai program-program kemasyarakatan dan mampu memilkul tanggungjawab supaya initipati kerajaan dapat tercapai.

“Golongan muda hari ini perlu memahami betapa pentingnya persatuan atau kelab belia bagi mereka menonjolkan bakat kepimpinan mereka lantas mampu membantu kerajaan negeri mahupun persekutuan bagi membentuk jadi diri belia yang utuh dalam menghadapi cabaran masa hadapan,” katanya ketika menerima pingat tersebut di Kompleks Seri Negeri, baru-baru ini.

Turut dianugerahkan Pingat Bakti Belia (P.B.B) Exco NGO, Belia Dan Sukan Negeri Melaka Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen, Pegawai Daerah Melaka Tengah Datuk Shamsul Ambia Abdul Aziz, Pegawai Daerah Alor Gajah Rahizi Ranom, dan Pegawai Daerah Jasin Datuk Anis Ali Hassan.

Mohamad Arib Abu Kasim menerima pingat daripada TYT Tun Seri Setia (Dr) Haji Mohd Ali Mohd Rustam Yang Di-Pertua Negeri Melaka.

Mohamad Arib (kiri) menerima pingat daripada Yang di-Pertua Negeri Melaka.

-KN

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda