Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

40 Menara Telekomunikasi Dibina di Pensiangan – Arthur

By 9 April 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Juslie Bacle/Jeffren Malaning (Kota Kinabalu)

NABAWAN, 9 April (Malaysiaaktif) – Sebanyak 40 buah menara telekomunikasi sedang dibina di kawasan parlimen Pensiangan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Arthur Joseph Kurup, berkata pembinaan dijangka siap pada penghujung tahun 2022 bagi memberi kemudahan capaian internet yang lebih meluas kepada masyarakat kawasan berkenaan.

“Selain itu, 44 menara telekomunikasi sedia ada di kawasan pedalaman seperti Kampung Salirilan dan Kampung Popohon Batu pula akan dinaiktaraf kepada capaian internet 4G.

“Usaha yang dilakukan kerajaan ini membolehkan masyarakat sekitar untuk mengakses internet bagi mendapatkan pelbagai maklumat sahih dan terkini.

DAFTAR – Arthur menyaksikan proses pendaftaran vaksinasi penduduk yang dilakukan oleh anggota Kementerian Kesihatan Malaysia.

DAFTAR – Arthur menyaksikan proses pendaftaran vaksinasi penduduk yang dilakukan oleh anggota Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Bagi memudahkan masyarakat membuat urusan perbankan pula, sebanyak dua buah mesin teler automatik (ATM) daripada Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Bank Rakyat akan disediakan di Pekan Sook,” katanya ketika menyampaikan sumbangan Bantuan Prihatin Nasional (BPN2.0) kepada 829 daripada 1,291 orang penerima dari enam kawasan mukim Nabawan di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Nabawan, di sini semalam.

Turut diadakan, program Pusat Maklumat Rakyat (PMR)@Komuniti Jabatan Penerangan Daerah Nabawan dengan pengisian ceramah vaksinasi COVID-19 selain kaunter pendaftaran vaksinasi bagi masyarakat di situ.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Nabawan Abdul Ghani Mohd Yassin dan Timbalan Pegawai Kewangan Persekutuan Sabah Siti Norhaini Osli.

Arthur (dua dari kanan) diberi penerangan oleh Pegawai Penerangan Daerah Nabawan, Mohd Syah Kisun ketika melawat tapak pameran PMR@komuniti.

Arthur (dua dari kanan) diberi penerangan oleh Pegawai Penerangan Daerah Nabawan, Mohd Syah Kisun ketika melawat tapak pameran PMR@komuniti.

-RI

Tinggalkan komen anda