Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

64 Pasukan Sertai Kejohanan Petanque Double Open Sabah 2021

By 11 April 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurul Aqilah Ahmad (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 11 April (Malaysiaaktif) – Sebanyak 64 pasukan menyertai Kejohanan Petanque Double Open Sabah 2021, yang diadakan di Arena Petanque Politeknik Kota Kinabalu (PKK).

Kejohanananjuran PKK dengan kerjasama Persatuan Petanque Negeri Sabah (PPNS) telah berlangsung pada 10 April dan dijadualkan berakhir hari ini (Ahad).

Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PKK, Md. Syadiqin Awang Adi@Jumaat berkata, kejohanan itu bertujuan memberi peluang kepada pemain-pemain remaja dan penggiat sukan petanque di negeri ini untuk menunjukkan bakat dan kemahiran mereka.

Menurut beliau, PKK sedia berkerjasama dengan PPNS dan Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah (KBSS) untuk mempertingkatkan mutu sukan petanque Sabah.

“PKK mempunyai impian yang besar dalam mencipta lebih banyak kejayaan untuk mengharumkan nama negeri Sabah dan negara Malaysia.

“Dengan kerjasama PPNS dan KBSS, PKK berhasrat untuk menganjurkan kejohanan bagi semua peringkat umur bagi meningkatkan mutu sukan petanque di Sabah” katanya pada majlis perasmian kejohanan yang dirasmikan oleh Pembantu Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah Andi Muhammad Suryady Bandy, semalam.

Pada majlis itu Andi turut mengalu-alukan usaha PKK dalam menganjurkan kejohanan sukan tersebut dan berpendapat langkah tersebut baik bagi mempromosi sukan petanque di Sabah.

“Jika kita lihat dari sudut lainnya, sukan petanque ini jarang-jarang kita dengar tidak seperti badminton dan bola sepak yang sememangnya sinonim dalam kalangan kita.

“KBSS sentiasa komited dalam menyokong usaha PKK, PPNS dan Kelab Petanque Sepanggar dalam memartabatkan sukan petanque di negeri ini,” jelasnya.

Andi (kiri) menerima cendera kenangan daripada Md Syadiqin.

Andi (kiri) menerima cendera kenangan daripada Md Syadiqin.

-RI

Tinggalkan komen anda