Skip to main content
Berita SelatanNegeri Sembilan

Kerjasama Pelbagai Agensi Bantu Daftar Vaksin COVID-19

By 27 April 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Shaharudin Suratman/Mohd Luqmanul Hakim Azmi (Seremban)

SEREMBAN, 27 April (Malaysiaaktif) – Sejak dilancarkan 24 Februari yang lalu, pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) telah memasuki fasa kedua namun statik pendaftaran vaksin COVID-19 di Negeri Sembilan masih tidak mencapai 50 peratus daripada jumlah penduduk negeri ini.

Pejabat Penerangan Daerah Seremban terus membentuk kerjasama dengan pelbagai agensi dan NGO bagi mempergiatkan lagi usaha pendaftaran vaksin seterusnya meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap usaha vaksinasi ini.

Menurut Pegawai Penerangan Daerah Seremban Fauziah Abdullah, dalam usaha memaksimumkan jumlah pendaftar penerima vaksin COVID-19, pendekatan secara bersemuka perlu dilaksanakan bagi memastikan rakyat benar-benar faham akan keperluan pengambilan vaksin dan kekeliruan mereka dapat dijelaskan dengan serta-merta.

“Dengan kerjasama dari pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai, Jabatan Sukarelawan Negara (RELA) serta Persatuan Rapat Rakyat Cawangan Negeri Sembilan, kaunter pendaftaran vaksin telah dibuka di bazar Ramadan Taman Semarak Nilai.

Pengedaran bahan penerbitan kepada pengunjung Bazar Ramadan.

Pengedaran bahan penerbitan kepada pengunjung Bazar Ramadan.

“Bersempena bulan Ramadan ini, kami mengambil pendekatan untuk membuka kaunter pendaftaran vaksin di kawasan bazaar ramadan yang menjadi tumpuan orang ramai tanpa mengira kaum terutama pada hujung minggu,” katanya ketika ditemui di bazar tersebut, di sini kelmarin.

Tambahnya, selain membantu pendaftaran vaksin, mereka juga menjelaskan segala kekeliruan dan salah faham masyarakat terhadap vaksin COVID-19 sekaligus membina keyakinan mereka terhadap keberkesanan vaksin ini dalam mencapai imuniti kelompok.

“Pada program ini, seramai 25 orang telah berjaya didaftarkan sebagai penerima vaksin COVID-19 selain perlaksanaan hebahan awam berkaitan Amalan Norma Baharu, Proklamasi Darurat dan Perlaknaan Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya.

-FF

Tinggalkan komen anda