Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Maritim Labuan Tahan Nelayan Vietnam Ceroboh Perairan Negara

By 12 April 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/APMM Labuan

LABUAN, 12 April (Malaysiaaktif) – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Labuan menahan sebuah bot nelayan Vietnam bersama lima kru dalam yang menceroboh perairan negara dalam Op Pelantar, sekitar pukul 4.40 pagi semalam.

Pengarah Zon Maritim Labuan Kapten Maritim Nudin Jusoh, berkata bot ronda Zon Maritim Labuan mengesan sebuah bot di kedudukan sekitar 35 batu nautika barat laut dari Pulau Labuan yang sedang leka menjalankan aktiviti perikanan dalam keadaan mencurigakan.

“Pemeriksaan mendapati bot tersebut dikendalikan lima kru termasuk tekong berusia 24 hingga 43 tahun itu gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah dan disyaki warga Vietnam.

“Bot serta kru ditahan dan diiring ke jeti Zon Maritim Labuan untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat bagi tindakan lanjut, kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 serta Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pagi ini.

Tambahnya, komuniti maritim diingatkan untuk mematuhi peraturan serta undang-undang yang telah diwartakan bagi mengelakkan dari berlaku sebarang musibah atau dikenakan sebarang tindakan seperti yang telah termaktub di dalam peruntukan undang-undang.

“Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dengan sebarang pencabulan undang-undang Persekutuan, laporkan sebarang kejadian jenayah atau kecemasan di laut ke Pusat Operasi Maritim Labuan di talian 087-428008 atau terus melalui talian kecemasan MERS 999,” jelasnya lagi.

Kapal nelayan Vietnam diiring ke jeti Zon Maritim Labuan.

Kapal nelayan Vietnam diiring ke jeti Zon Maritim Labuan.

-RI

Tinggalkan komen anda