Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

150 orang Skuad V Bantu Daftar Vaksin COVID-19 Parlimen Kepala Batas

By 12 April 2021Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Abd Aziz Osman (Seberang Perai Utara)

KEPALA BATAS,12 Apr (Malaysiaaktif) ā€“Ā  Seramai 150 orang Sukarelawan Daftar Vaksin (Skuad V) dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) terlibat dalam sesi taklimat yang diadakan baru-baru ini bagi membantu komuniti Parlimen Kepala Batas untuk pendaftaran suntikan vaksin Fasa kedua yang melibatkan orang awam berusia 60 tahun ke atas.

Seorang sukarelawan pertubuhan belia Mohd. Salikin Othman, 28, berkata pertubuhan belia di sini tampil menawarkan diri menjadi sebagai sukarelawan bagi membantu agensi-agensi kerajaan dalam memastikan 70 peratus hingga 80 peratus rakyat Malaysia mendaftarkan diri sebagai penerima vaksin COVID-19 berjalan lancar.

ā€œFasa kedua yang melibatkan orang awam berusia 60 tahun keatas akan bermula pada 19 April ini sangat penting dan perlu diberi perhatian dari semua pihak serta pendedahan maklumat yang betul akan turut memberi kesan kepada proses pelaksanaan fasa penting ini selain faktor golongan warga emas yang rata-rata kurang mahir menggunakan teknologi telefon mudah alih.

ā€œTujuan utama kami tampil menawarkan diri kerana faham akan situasi yang dihadapi golongan warga emas dan mereka yang mempunyai penyakit kronik ini di mana mereka perlu disantuni dengan betul supaya mereka mendapat info yang tepat mengenai vaksinā€ katanya semasa ditemui selepas sesi taklimat yang dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina MericanĀ di sebuah resort,Ā di siniĀ kelmarin.

150 orang Skuad V memberi perhatian ketika mempraktikan kaedah pendaftaran vaksinasi COVID-19 menggunakan telefon bimbit.

150 orang Skuad V memberi perhatian ketika mempraktikan kaedah pendaftaran vaksinasi COVID-19 menggunakan telefon bimbit.

Pegawai Penerangan Daerah Seberang Perai Utara Faridah Hanim Abd Ghani, berkata pihaknya mengambil inisiatif untuk memudahkan urusan pendaftaran suntikan vaksin kepada warga emas sebab ramai masyarakat mempunyai salah tanggapan berkenaan vaksin namun setelah diberi penerangan yang betul akhirnya mereka bersetuju mendaftar sebagai penerima vaksin dan tampil secara sukarela.

Kakitangan Pejabat Penerangan Daerah SPU turut memberi tunjuk ajar secara terperinci kepada sukarelawan Skuad V.

Kakitangan Pejabat Penerangan Daerah SPU turut memberi tunjuk ajar secara terperinci kepada sukarelawan Skuad V.

ā€œDasar kerajaan berkenaan pengambilan vaksin adalah secara sukarela dan kita tidak perlu sampai memaksa orang untuk mendaftarkan diri,ā€ katanya ketika memberi sesi taklimat tatacara mendaftar penerima vaksin menggunakan Aplikasi Mysejahtera kepada 150 orang Skuad V.

Pakar Kesihatan Awam Dr. Shuhaimi Samsudin, mengucapkan ribuan terima kasih kepada Skuad V ini kerana sudi tampil membantu para petugas barisan hadapan sambil menasihati para sukarelawan perlu membuat persediaan sebaiknya dan mengikut garis panduan yang ditetapkan dalam menjalankan misi mereka sebagai langkah melindungi diri dari terkena jangkitan COVID-19 ini yang tidak kenal siapa.

ā€œMasih ramai golongan yang berumur 18 tahun ke atas di dalam Daerah Seberang Perai Utara belum mendaftar diri sebagai penerima vaksin,ā€ katanya.

“Aktiviti yang dilaksanakan oleh Skuad V ini turut disokong oleh hampir 30 orang sukarelawan dari Persatuan Wanita Kepala Batas, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, Pejabat Penerangan Daerah, Pejabat Kesihatan Daerah, Yayasan Generasi Malaysia serta NGO dalam Parlimen Kepala Batas,” katanya.

-ii-

Tinggalkan komen anda