Laporan/foto: Muhamad Zaini Dollah/Azimee Abdullah (Daerah Barat Daya)
BALIK PULAU, 14 April (Malaysiaaktif)Ā – Sikap yang tidak bertanggungjawab segelintir pengusaha kolam ternakan udang yang mementingkan keuntungan dengan membuang sisa kumbahan air kolam di Kuala Sungai Pinang, di sini yang berlarutan sejak beberapa tahun yang lalu menyebabkan sumber pendapatan nelayan terjejas dan membimbangkan.
Pengerusi persatuan nelayan Ridhwan Hashim, berkata pembuangan sisa kumbahan kolam memberi kesan kepada ekosistem laut, menyebabkan hidupan akuatik seperti pelbagai jenis ikan dan udang mati.
āJika pencemaran berlarutan, bukan sahaja pendapatan terjejas dan merosot malahan pelbagai jenis hidupan air akan kepupusan.
“Kami juga bimbang pelbagai jenis burung dan unggas yang sumber makanannya bergantung kepada hidupan air akan turut terancam,” katanya kepada pemberita ketika tinjauan tersebut di Jeti Kuala Sungai Pinang, di siniĀ semalam.
Menurut beliau, masalah yang berlaku lebih 20 tahun lalu itu yang berpunca daripada aktiviti ternakan udang itu juga telah memusnahkan beratus hektar hutan bakau di kawasan tersebut dan mengakibatkan aktiviti pembuangan sisa kolam ke dalam saliran, sungai serta laut berhampiran.
“Ekoran masalah pencemaran ini, nelayan di sini kini hanya mampu meraih pendapatan antara RM30 hingga RM70 sehari berbanding RM200 sebelum ini.
“Nelayan diĀ sini berharap agar isu ini mendapat kerjasama daripada semua pihakĀ agarĀ pencemaran yang berlaku dapat ditangani dan tidak menjadikan nelayan di sini sebagai mangsa.
āKami bimbang jika masalah ini tidak ditangani dengan berkesan, alam sekitar akan tercemar dengan lebih serius lagi pada masa akan datang malahan nelayan-nelayan yang bergantung hidup kepada hasil sungai dan laut akan putus mata pencariannya,ā katanya.
-ii-