Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Vaksinasi: Peranan Pimpinan Masjid dan Surau Daftar Ahli Kariah

By 12 April 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 12 April (Malaysiaaktif) –Pimpinan masjid dan surau dirayu memainkan peranan untuk mendaftar ahli kariah mereka bagi menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata beliau merayu pimpinan masjid dan surau agar mengesa rakyat untuk daftar segera suntikan vaksin.

“Majlis Fatwa Kebangsaan telah membuat keputusan bahawa diharuskan umat Islam menerima suntikan termasuk pada bulan Ramadan.

“Melalui suntikan kita dapat membina antibodi untuk melindungi diri daripada dijangkiti kuman ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di program Semarak Malaysia Prihatin dan Penyampaian Sumbangan Ihya Ramadan Parlimen Gombak di Masjid Gombak Utara, di sini semalam.

Sebanyak 22 masjid dan 106 surau menerima sumbangan yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia Muhammad Hilman Idham dan Orang Besar Daerah Gombak Tan Sri Wan Mahmood Pa’Wan Teh.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Parlimen Gombak, berkata peringkat awal virus ini merebak menerusi beberapa kluster yang menyebabkan penularan COVID-19.

“Kini virus ini sudah berada dalam komuniti dan kita berdoa agar terhindar daripada dijangkiti virus berbahaya ini.

“Cabaran kita hari ini apabila ada varian baru dan salah satu cara menghindari adalah dengan mengambil suntikan vaksin.

“Apabila kita dapat suntik vaksin kepada 80 peratus rakyat negara ini, Insya Allah kemungkinan penularan berlaku adalah kecil,” katanya.

Azmin (tiga dari kiri) menyantuni salah seorang yang hadir di program Semarak Malaysia Prihatin dan Penyampaian Sumbangan Ihya Ramadhan parlimen Gombak di Masjid Gombak Utara.

Azmin (tiga dari kiri) menyantuni salah seorang yang hadir di program Semarak Malaysia Prihatin dan Penyampaian Sumbangan Ihya Ramadhan parlimen Gombak di Masjid Gombak Utara.

-RI

Tinggalkan komen anda