Skip to main content
Berita SelatanNegeri Sembilan

Persatuan Skuad Amal Rembau Sukarelawan Pengurusan Jenazah

By 12 April 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nasrul Abdul Hamid/Malini Md Yunus (Rembau)

REMBAU, 12 April (Malaysiaaktif) – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Persatuan Skuad Amal Rembau Negeri Sembilan komited membantu masyarakat setempat dalam aspek pengurusan jenazah untuk golongan yang tidak berkeupayaan dari segi kewangan dalam menyempurnakan jenazah sehingga ke liang lahad.

Menurut ketuanya Ibrahim Hamzah, penubuhan persatuan sukarelawan ini bertujuan untuk membantu golongan kurang berkemampuan dalam aspek menguruskan pengebumian jenazah.

“Mengurus pengebumian jenazah merupakan suatu bentuk fardu kifayah bagi kita orang Islam namun terdapat segelintir masyarakat yang tidak berkemampuan untuk menguruskannya dan justeru itu, kami memberi khidmat pengurusan jenazah daripada awal proses sehingga pengebumian jenazah.

“Baru-baru ini pihak kami terlibat dalam proses menguruskan jenazah bagi mangsa kebakaran di Kampung Seberang Batu Hampar dan syukur Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar,” katanya ketika ditemui di pejabat persatuan tersebut, di sini baru-baru ini.

Menurut Ibrahim, kekuatan ahli sukarelawan Persatuan Skuad Amal Rembau Negeri Sembilan pada ketika ini mempunyai seramai 20 orang ahli dan mempunyai perancangan pada masa hadapan untuk membuka keahlian kepada masyarakat umum khususnya golongan muda untuk bersama-sama terlibat dengan aktiviti sukarelawan ini.

“Dalam pada itu selain perkhidmatan mengurus jenazah, persatuan sukarelawan ini juga melaksanakan bank makanan yang dibuka kepada suluruh lapisan masyarakat yang memerlukan.

“Kami membuka bank makanan ini dengan bertujuan untuk membantu golongan yang tidak berkemampuan dari segi bantuan barangan keperluan harian, sesiapa sahaja boleh ambil tidak kira kaum jika mereka merasakan amat memerlukan barangan keperluan itu,” ujarnya.

-FF

Tinggalkan komen anda