Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Elak Penggunaan Elektrik Berlebihan Semasa Musim Perayaan – Ismaidi

By 7 Mei 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 7 Mei (Malaysiaaktif) – Warga Labuan dinasihat untuk mengelakkan penggunaan elektrik secara berlebihan semasa musim perayaan agar tidak terjadi sebarang kejadian yang tidak diingini seperti kebakaran.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Labuan Ismaidi Ismail, masyarakat perlu berhati-hati ketika membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri seperti membuat kuih-muih agar tidak menggunakan elektrik secara berlebihan.

“Penggunaan elektrik yang berlebihan akan menyebabkan percikan lalu boleh menjadi salah satu punca berlakunya kes kebakaran.

“Lima kes kebakaran yang terjadi sebelum ini juga berpunca daripada kelalaian serta kemalangan daripada penggunaan elektrik yang berlebihan,” katanya semasa Pelancaran Kempen Ops Raya dan Kempen Keselamatan Kebakaran Sempena Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Labuan Tahun 2021 di salah sebuah pasar raya, di sini semalam.

Ismaidi (dua dari kanan) memberi peneangan kepada Bashir (dua dari kiri) semasa melakukan pemeriksaan di salah sebuah pasaraya di sini.

Ismaidi (dua dari kanan) memberi peneangan kepada Bashir (dua dari kiri) semasa melakukan pemeriksaan di salah sebuah pasaraya di sini.

Selain itu, beliau juga menasihatkan orang ramai agar memastikan tidak menggunakan peralatan elektrik yang rosak atau tidak berada dalam keadaan baik.

“Pastikan juga sentiasa menutup suiz-suiz elektrik kecuali peti ais bagi mengelakkan kebakaran yang berpunca dari litar pintas selain memaklumkan kepada jiran jika meninggalkan rumah untuk jangka masa lama.

“Sediakan alat pemadam api di rumah kediaman kerana peralatan ini mampu memadam kebakaran di peringkat awal,” katanya lagi.

Mengulas mengenai kempen itu, Ismaidi berkata antara tujuan kempen itu adalah bagi memastikan respon menghadiri kes kebakaran, kemalangan jalan raya melibatkan penyelamat mangsa dan kecemasan lain pada tahap memuaskan selain memastikan pegawai serta anggota JBPM Labuan bersiap siaga sempena musim perayaan.

“JBPM akan melakukan rondaan jalan raya dan kawasan pesisir pantai yang akan bermula dari 6 Mei hingga 19 Mei 2021 selain membuat pemeriksaan alat keselamatan kebakaran serta laluan keluar setiap pusat membeli belah dalam keadaan baik,” jelasnya.

Ismaidi (dua dari kiri) memberi penerangan kepada Bashir mengenai keadaan alat keselamatan kebakaran yang diperiksa.

Ismaidi (dua dari kiri) memberi penerangan kepada Bashir mengenai keadaan alat keselamatan kebakaran yang diperiksa.

-RI

Tinggalkan komen anda