Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Umat Islam di Malaysia Sambut Aidilfitri Khamis Ini

By 12 Mei 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: RTM

PUTRAJAYA, 12 Mei (Malaysiaaktif) – Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Khamis 13 Mei, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, malam tadi.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Khamis, 13 Mei 2021,” katanya.

Pengumuman tarikh Aidilfitri itu disiarkan menerusi siaran televisyen tempatan.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda