Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

6,437 Kes Baharu, Kumulatif Kes 745,703

By 30 Jun 2021Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 30 Jun (Malaysiaaktif) – Sebanyak 6,437 kes baharu COVID-19 direkodkan di dalam negara semalam menjadikan jumlah kumulatif kes ialah 745,703, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menerusi perkongsian dalam Twitter, beliau memaklumkan Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi dengan 2,299 kes, diikuti Kuala Lumpur (1,361); Negeri Sembilan (700); Kedah (284); Johor (271); Melaka (252); Pahang (250) dan Sarawak (242).

Selain itu, Perak mencatatkan 184 kes diikuti Sabah (178); Kelantan (131); Labuan (117); Pulau Pinang (115); Putrajaya (32); Terengganu (21); manakala tiada kes baharu di Perlis.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda