Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

7,748 Kes Baharu

By 5 Jun 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 5 Jun (Malaysiaaktif) – Jumlah kes baharu COVID-19 semalam menunjukkan penurunan apabila 7,748 kes dilaporkan berbanding 8,209 kes kelmarin, dengan Selangor masih mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 2,612 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam perkongsian di laman sosial Twitter berkata jumlah kumulatif kes positif setakat semalam ialah 603,122 kes.

Menurutnya Kuala Lumpur mencatatkan 851 kes, diikuti Negeri Sembilan (709), Sarawak (706), Johor (446), Pulau Pinang (376), Perak (371), Sabah (287), Kelantan (286), Kedah (263) dan Melaka (234).

Sementara itu, Labuan mencatatkan 230 kes, Terengganu (203), Pahang (146), Putrajaya (20) dan Perlis (lapan).

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda