Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Harga RON97, RON95 dan Diesel Kekal

By 24 Jun 2021Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Infografik Kementerian Kewangan

PUTRAJAYA, 24 Jun (Malaysiaaktif) – Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel, masing-masing kekal pada paras RM2.67, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 24 hingga 30 Jun ini.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan semalam, harga itu berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan,” demikian menurut kenyataan itu.

Kerajaan, kata Kementerian Kewangan, akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

— BERNAMA

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda