Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Johor Hasrat Tambah Beberapa Lagi Lokasi PPV

By 9 Jun 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Shah Hood/MedKom (Johor)

KOTA ISKANDAR, 9 Jun (Malaysiaaktif) – Kerajaan negeri berhasrat untuk menambahkan lagi beberapa lokasi untuk dijadikan sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) selain di Persada Johor bagi meningkatkan kapasiti pemberian vaksin di negeri ini.

Menurut Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad, penambahan PPV ini perlu kerana Johor menyasarkan pemberian 50,000 suntikan vaksin sehari hingga Oktober ini.

“Daerah Johor Bahru contohnya, ketika ini dapat memberi antara 2,900 hingga 3,000 suntikan vaksin sehari, namun dengan cadangan penambahan beberapa lokasi PPV lagi, daerah itu berkeupayaan untuk melakukan sebanyak 17,000 suntikan sehari.

Menteri Besar Johor bersama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin pada sidang media di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar.

Hasni (kiri) bersama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin pada sidang media di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar.

“Selain PPV AstraZeneca di Persada Johor, kita juga mencadangkan beberapa lokasi untuk membangunkan PPV swasta di kawasan pusat membeli belah atau PPV pandu lalu di taman tema termasuk beberapa PPV swasta di daerah Batu Pahat, Pagoh dan Kluang bagi mencapai sasaran pemberian vaksin,” katanya ketika ditemui  sempena kunjungan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin Abu Bakar ke Johor di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Tambah beliau, kerajaan negeri juga tidak akan melaksanakan ujian saringan COVID-19 secara besar-besaran, sebaliknya akan mengadakan saringan bersasar di kawasan berisiko.

“Sebanyak 20,000 kit ujian Kit Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) yang diterima dari Singapura akan digunakan bagi tujuan saringan tersebut.

“Kita mengharapkan kit ujian RTK-Ag ini dapat membantu mengesan lebih awal kes jangkitan COVID-19, seterusnya dapat mendatarkan lengkungan kes baharu terutamanya di kawasan Johor Bahru,” ujarnya.

-NI-

Tinggalkan komen anda