Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Kes Baharu Rekod 5,803

By 27 Jun 2021Tiada komen2 minit bacaan

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 27 Jun (Malaysiaaktif) – Jumlah kes baharu harian COVID-19 di negara ini masih melebihi angka 5,000 apabila sejumlah 5,803 kes dilaporkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Malaysia kini sebanyakk 728,462 kes.

Menerusi perkongsian di laman Twitter semalam, beliau berkata Selangor kekal merekodkan kes harian tertinggi dengan 2,108 kes; diikuti Negeri Sembilan (741); Kuala Lumpur (628); Sarawak (491); Melaka (355); Johor (329); Pahang (220); Sabah (189); Kedah (186); Pulau Pinang (160) dan Perak (137).

Kelantan pula mencatat 103 kes; Labuan (99); Terengganu (29); Putrajaya (24) dan Perlis empat kes.

Dr Noor Hisham dalam kenyataannya berkata daripada jumlah kes baharu dilaporkan, 5,793 kes adalah penularan tempatan membabitkan 4,433 warganegara dan 1,360 bukan warganegara, manakala 10 kes import pula membabitkan tiga rakyat Malaysia dan tujuh warga asing.

Jumlah kes sembuh pula ialah 5,193, lebih rendah daripada kes harian menjadikan angka keseluruhan individu pulih daripada pandemik itu kini 662,932 atau 91 peratus.

Dr Noor Hisham berkata kes aktif pula kini sebanyak 60,646 manakala jumlah pesakit COVID-19 yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) seramai 866 berbanding 870 kelmarin dengan 435 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Angka korban akibat COVID-19 pula bertambah kepada 4,884 semalam apabila 81 lagi kematian dilaporkan melibatkan 78 warganegara dan tiga warga asing berumur lingkungan 38 hingga 87 tahun, dengan majoritinya menghidap penyakit kronik, kata Dr Noor Hisham,

KKM turut mengesan 14 lagi kluster baharu membabitkan sembilan kluster di tempat kerja dan dua kluster pusat tahanan iaitu Kluster Penjara Jalan Harapan 2, Gombak di Selangor dan Kluster Tembok Tawau di Sabah, dua kluster komuniti iaitu Kluster Nyelutong di Sarawak dan Kluster Permatang Pasir Bachok di Kelantan serta satu kluster kumpulan berisiko tinggi iaitu Kluster Changkat Intan di Perak.

Kluster di tempat kerja pula melibatkan Kluster Industri Tanjung Suria, Kluster Tapak Bina Cybersouth Utama, Kluster Industri Jalan Enam Salak Tinggi, di Selangor, Kluster PLO Jalan Perak dan Kluster Perindustrian Bukti Bakri Satu di Johor.

Kluster tempat kerja lain yang turut dikesan ialah Kluster Tapak Bina Pintasan Segambut di Kuala Lumpur, Kluster Jalan Usaha Jaya di Pulau Pinang, Kluster Industri Serkam 2 di Melaka dan Kluster Bandar Rantau Panjang di Kelantan.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda