Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

KKMM Salur RM6 Juta DKD Muzik Kepada Penggiat Muzik Tanahair

By 1 Jun 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zaidy Salim (Putrajaya)/KKMM

PUTRAJAYA, 1 Jun (Malaysiaaktif) – Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menyalurkan RM6 juta Dana Kandungan Digital Muzik (DKD Muzik) kepada 960 penggiat muzik tanah air untuk Program Hiburan dari Rumah tahun 2021.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata dana ini diperuntukkan bagi menghasilkan kandungan kreatif dalam program hiburan dari rumah yang akan melibatkan penyertaan daripada artis rakaman lama dan baharu, penyanyi dan pemuzik busker, ahli kumpulan nasyid dan lain-lain dari seluruh negara, merangkumi pelbagai peringkat umur dan genre muzik.

“DKD Muzik merupakan dana yang diperuntukkan di bawah inisiatif Pakej Rangsangan Industri Kreatif Malaysiaa (PRISMA) satu langkah jangka pendek untuk memastikan kelangsungan para penggiat industri kreatif negara yang terjejas akibat pandermik COVID-19,” katanya ketika melancarkan program tersebut secara maya hari ini.

Beliau berkata penerbitan kandungan kreatif Hiburan dari Rumah yang dihasilkan perlu mempunyai unsur muzik dan berkonsepkan muzik dari rumah bersesuaian dengan situasi pandemik pada ketika ini.

“Dengan inisiatif seperti ini, kami di KKMM mensasarkan lebih banyak karya kandungan kreatif yang berpotensi dan berkualiti dapat dihasilkan di samping mencipta lebih banyak peluang pekerjaan, bukan sahaja dalam kalangan penyanyi dan pemuzik, malahan turut menyediakan peluang pekerjaan di belakang tabir.

“KKMM peka terhadap nasib yang dihadapi penggiat seni terutama apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa pertama dilaksananakan pada 1 hingga 14 jun 2021, usaha akan terus dilipatgandakan untuk membantu meringankan beban golongan ini.

“Penggiat industri kreatif juga diberi ruang untuk memanfaatkan lonjakan digitalisasi bagi membangunkan sektor industri kreatif negara yang lebih mampan,” katanya.

Saifuddin juga berkata langkah proaktif dan usahasama antara kerajaan dan penggiat industri juga diharap dapat menjana ruang serta pasaran kandungan kreatif yang berdaya saing dalam usaha menembangkan potensi dan bakat tempatan serta membawa industri ini ke taraf global.

“Bagi memastikan perlaksanaan dana yang telus, KKMM turut melibatkan penggiat industri muzik dan ahli akademik sebagai panel dalam Jawatankuasa Penilaian Teknikal, Pelulus dan Pemilihan Artis,” tambahnya.

-ZS

Tinggalkan komen anda