Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Orang Ramai Diminta Berhati-hati Berita Palsu Borang Pendaftaran Vaksinasi COVID-19

By 27 Jun 2021Tiada komen1 minit bacaan

Foto: JKJAV

PUTRAJAYA, 27 Jun (Malaysiaaktif) – Orang ramai dinasihat supaya berhati-hati dengan penyebaran berita palsu mengenai borang pendaftaran vaksinasi COVID-19.

Kenyataan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) di laman Facebook rasminya semalam meminta orang ramai agar tidak menghiraukan sebarang perkongsian mengenai borang pendaftaran vaksinasi di aplikasi WhatsApp atau mana-mana platform tidak rasmi.

“Lindungilah data peribadi anda daripada sebarang pencerobohan. Anda hanya perlu merujuk saluran rasmi JKJAV untuk sebarang maklumat berkaitan vaksin COVID-19,” menurut kenyataan itu.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda