
Foto: Infografik KKM
PUTRAJAYA, 2 Jul (Malaysiaaktif) – Untuk hari ketiga berturut-turut, jumlah kes baharu harian COVID-19 di negara ini melebihi angka 6,000 dengan 6,988 kes dilaporkan semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian di laman Twitternya semalam berkata angka itu menunjukkan peningkatan sebanyak 712 kes berbanding 6,276 kes kelmarin.
Perkembangan terbaru itu menjadikan jumlah terkumpul kes COVID-19 di negara ini sebanyak 758,967.
Dr Noor Hisham berkata Selangor kekal merekodkan kes harian tertinggi dengan 2,885 kes, diikuti Kuala Lumpur (988), Negeri Sembilan (692), Sarawak (544), Melaka (311), Johor (270), Kedah (250) dan Sabah (232).
Pahang pula mencatatkan 195 kes, Pulau Pinang (174), Perak (149), Labuan (129), Kelantan (108), Terengganu (50), Putrajaya (10) dan satu kes di Perlis.
— BERNAMA