Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Dungun Simpan Sejarah Perlombongan Besi

By 19 Julai 2021Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Aneta Ahmad/Mahadi Mustafa (Dungun)

DUNGUN, 18 Jul (Malaysiaaktif)– Terowong Bukit Tebuk telah yang diwartakan sebagai tempat bersejarah sememangnya tidak boleh dipisahkan dengan sejarah pembangunan daerah Dungun pada suatu masa dahulu.

Menurut Pegawai Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Dungun Wan Nabila Aisha binti Wan Bakhri, terowong bersejarah ini terletak di Kampung Nibong Kubur dikatakan bukit yang pertama di Tanah Melayu ditebuk sebagai laluan kereta api.

Terowong Bukit Tebuk kini digunakan sebagai laluan alternatif bagi penduduk Kampung Padang Jambu dan Kampung Nibong Kubur ke bandar Dungun.

Terowong Bukit Tebuk kini digunakan sebagai laluan alternatif bagi penduduk Kampung Padang Jambu dan Kampung Nibong Kubur ke bandar Dungun.

“Mula dibina sekitar tahun 1935 oleh arkitek Jepun dengan dibantu oleh pekerja-pekerja cina dan penduduk tempatan sebagai laluan utama kereta api yang membawa bijih besi dari Kampung Bukit Besi melalui kampung-kampung tradisi seterusnya ke Pelabuhan Sura bagi tujuan eksport ke luar negara.

“Sekitar tahun 1970-an selepas lombong bijih besi ditutup, laluan keretapi ini dihentikan operasinya dan kini penduduk setempat menggunakannya sebagai alternatif untuk berulang alik ke bandar Dungun bagi mengelakkan kesesakan di jalan utama,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam.

Terowong sepanjang 15 meter yang masih kukuh menjadi daya tarikan utama pelancong ke daerah Dungun.

Terowong sepanjang 15 meter yang masih kukuh menjadi daya tarikan utama pelancong ke daerah Dungun.

Wan Nabila memaklumkan, di dalam terowong ini turut dibina ‘bilik’ kecil bagi pejalan kaki bagi tujuan keselamatan.

“Apa yang menarik, terdapat dua bilik kecil berbentuk separuh bulatan dan tidak mempunyai pintu di dalam terowong ini dan dikatakan bilik itu dijadikan sebagai tempat menyorok atau menyelamatkan diri bagi pejalan kaki atau penunggang basikal jika keretapi sedang melalui terowong itu bagi mengelakkan mereka dilanggar.

“Pada kebiasaannya menjelang bulan Ogos tempat bersejarah ini merupakan lokasi yang akan menjadi tumpuan pelajar dan pencinta sejarah namun kini terowong bersejarah ini sepi tanpa pengunjung kesan daripada wabak COVID-19 yang menyebabkan banyak tempat tumpuan pelancong ditutup,” katanya.

-ii-

Tinggalkan komen anda