
Laporan/foto: Mathilda Sempon/Amirul Hafiz Farid (Sarawak)
TATAU, 10 Jul (Malaysiaaktif) ā Jabatan Penerangan (JaPen) Malaysia Daerah Tatau telah mempertingkatkan kesedaran orang ramai menerusi Kempen Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) melalui kaedah pelaksanaan Info on Wheels (IoW) bertempat di Rh. Dom Lubok Keranji Selangau, di sini semalam.
Penolong Pegawai Penerangan Donny Minggu Ling, berkata aktiviti pemerdagangan orang dan penyeludupan migran merupakan kesalahan yang melanggar hak asasi manusia serta kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan oleh orang awam tanpa disedari di bawah Akta ATIPSOM 2007.
āKempen ini adalah antara usaha dan inisiatif jabatan dalam menyampaikan maklumat kepada orang ramai dengan lebih menyeluruh agar terhindar daripada melakukan aktiviti salah laku yang melibatkan pemerdagangan orang dan penyeludupan migran khususnya kepada masyarakat setempat yang tinggal di kawasan luar bandar.
āKempen ini dilihat turut memberikan impak positif serta berkesan kepada penduduk setempat memandangkan kawasan tersebut mempunyai masalah capaian internet yang kritikal,ā katanya ketika ditemui semasa kempen di rumah panjang tersebut.
Menurut Donny, komunikasi secara bersemuka adalah penting dalam menyampaikan maklumat yang tepat dan sahih kepada segenap lapisan masyarakat agar tidak ketinggalan berita terkini dan isu-isu semasa.
“PihakĀ jabatanĀ turut mengedarkan beberapa keping poster, bahan bacaan dan risalah sebagai bahan bacaan agar bermanfaat kepada semua peringkat umur dan kaum.
“Kami berharap pendudukĀ di sini dapat memainkan peranan penting dalam memberikan sebarang aduan atau maklumat mengenai aktiviti pemerdagangan orang atau penyeludupan migran,” katanya.
-ZS-