Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Pahang Tegas Laksana Penguatkuasaan HSK

By 15 Julai 2021Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Dayana Bahazelan/Sh. Nurrul (Kuantan) 

KUANTAN, 15 Jul (Malaysiaaktif) – Kerajaan negeri mengulangi komitmen bertindak tegas terhadap isu berkaitan penerokaan haram di Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam Raub Pahang.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh pejabat Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail memaklumkan beliau telah menerima kunjungan hormat Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhamad dan Setiausaha Agung MCA Datuk Chong Sin Woon di pejabatnya petang semalam.

“Perbincangan kami menyentuh tentang beberapa perkara berkaitan kerja-kerja penguatkuasaan dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) Batu Talam khususnya membabitkan kawasan seluas 101.17 hektar (250 ekar) meliputi kebun haram durian Musang King.

“Saya telah menyatakan ketegasan secara konsisten oleh kerajaan negeri tentang kerja-kerja penguatkuasaan yang dilakukan tanpa mengira kaum mahu pun kawasan atau daerah di mana pencerobohan tanah secara haram di negeri ini berlaku,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Beliau turut memaklumkan telah menerima permintaan agar pekebun-pekebun haram terbabit dibenarkan memasuki kawasan operasi untuk mendapatkan semula barang-barang milik mereka yang tertinggal di dalamnya.

“Jika para pekebun ingin memasuki kawasan tersebut, sila mohon kebenaran untuk berbuat demikian daripada Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri,” tegasnya.

-AH-

Tinggalkan komen anda