Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

RON97 Naik Tiga Sen, RON95, Diesel Tidak Berubah

By 15 Julai 2021Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Infografik Kementerian Kewangan

PUTRAJAYA, 15 Jul (Malaysiaaktif) – Harga runcit petrol RON97 naik tiga sen kepada RM2.73 seliter berbanding RM2.70 sebelum ini manakala harga RON95 dan diesel tidak berubah bermula 15 hingga 28 Julai ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan semalam, memaklumkan harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 sen seliter manakala harga diesel kekal pada paras RM2.15 sen seliter.

Menurut kenyataan itu, harga tersebut berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 dan diesel walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk itu telah meningkat melebihi paras harga siling yang ditetapkan,” demikian menurut kenyataan itu.

Kementerian itu berkata kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda