
Foto: Infografik KKM
PUTRAJAYA, 15 Jul (Malaysiaaktif) – Angka kes baharu COVID-19 semalam mencatatkan sebanyak 11,618 kes, iaitu rekod harian tertinggi sejak pandemik itu melanda negara, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata perkembangan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia sebanyak 867,567, manakala tiga negeri mencatatkan kes baharu empat digit semalam ialah Selangor 5,051 kes diikuti Kuala Lumpur (1,749) dan Negeri Sembilan (1,537).
Negeri lain pula merekodkan kes bawah 1,000 iaitu Melaka dengan 526 kes; Kedah (504); Pahang (400); Johor (396); Sarawak (289); Sabah (286); Kelantan (236) dan Pulau Pinang (210).
“Bagi Terengganu sebanyak 189 kes, Perak (164), Putrajaya (40), Labuan (38), manakala Perlis hanya tiga kes,” katanya menerusi ciapan di Twitternya semalam.
Semalam, jumlah kes baharu sekali lagi melepasi angka 11,000 selepas sebanyak 11,079 direkodkan kelmarin.
— BERNAMA